Header Ads

Misteri Kucing Berwajah Dua


Apabila anda melihat gambarnya, anda akan berfikir, mengapa?

Venus, seekor kucing dengan separuh wajahnya warna hitam dengan mata berwarna hijau, dan separuhnya lagi belang oren yang biasa kelihatan dengan mata berwarna biru.

Bagaimana kucing ini boleh kelihatan begitu? Malah, seorang profesor yang mendalami bidang genetik kucing juga mengakui tidak pernah menjumpai kucing sebegini.



Banyak laporan yang mengatakan Venus ialah "chimera". Dalam mitologi, chimera ialah raksasa yang terdiri daripada pelbagai haiwan. Kucing jenis chimera pula ialah kucing yang mempunyai dua jenis DNA, yang disebabkan oleh dua embrio bergabung.

Satu lagi misteri, kebiasannya kucing bermata biru mempunyai banyak tompok putih. Namun, Venus hanya mempunyai satu tompok putih di badannya.
Dikuasakan oleh Blogger.