Header Ads

Mengapa Masyarakat Asia Tidak Pernah Memakai Kasut Di Dalam Rumah?



Sesiapa pun yang pernah menjejakkan kaki ke dalam rumah orang Asia, pasti mengetahui yang kasut tidak dibenarkan sama sekali.

Kebiasaannya, kasut ditanggalkan sebelum memasuki rumah atas sebab kebersihan. Kuman yang terdapat pada kasut sebenarnya sangat menjijikkan!

Satu kajian dijalankan pada tahun 2008, sebanyak 421,000 pelbagai jenis bakteria yang boleh dijumpai pada kasut. Malah, 96 peratus daripada satu kasut yang dikaji, mengandungi 'coliforms', yang mana dijumpai dalam najis manusia dan haiwan berdarah panas.

Tambahan pula, 27 peratus daripadanya pula mengandungi 'E. coli' dan tujuh jenis bakteria yang lain. Bakteria ini dapat menyebabkan jangkitan saluran kencing dan jangkitan pernafasan.


Jadi, memakai kasut di dalam rumah boleh membawa kepada peratusan perpindahan bakteria dari kasut yang kotor ke lantai rumah yang tercemar sehingga 90 hingga 99 peratus.

Jika anda tidak merasakan ianya kotor, ini akan membuatkan anda berasa sedemikian: lantai tandas awam mempunyai sebanyak 2 juta bakteria untuk setiap inci persegi. Dan tandas awam selalunya mempunyai 50 inci persegi!
Dikuasakan oleh Blogger.