Header Ads

Lelaki Ini Telah Mengubah Sebuah Trak Lama Menjadi Sesuatu yang Berbeza


Kebiasaannya, masyarakat akan membantu gelandangan dengan memberikan pakaian dan makanan.

Jika difikirkan semula, apa gunanya baju baru dan deodoran jika berbulan-bulan tidak membersihkan badan dengan sebaiknya?

Oleh sebab itu, Unit Bilik Mandi Bergerak telah dicipta oleh Jake Austin, 31 tahun, seorang paderi di St. Louis, Missouri. Dia telah membeli sebuah trak lama dari Craigslist berharga RM21,000 dan menukarkannya kepada unit bilik mandi bergerak.

Unit tersebut terdiri daripada dua pancuran air, yang mempunyai ruang privasi sendiri dengan ruang menukar pakaian serta sinki dan cermin untuk mereka mencukur dan menggosok gigi.


Trak tersebut disambungkan ke pili bomba sebagai sumber air dan menggunakan generator untuk memanaskan air. Malah, seramai 60 orang dapat menggunakannya setiap hari.

Austin dan kumpulannya, Shower to the People, turut menjalankan perusahaan khidmat sosial yang dinamakan Raise the Bar, yang mana menyediakan pekerjaan secara sambilan untuk mereka yang pernah merasai hidup sebagai gelandangan. Sabun yang dihasilkan oleh pekerja Raise the Bar akan diagihkan secara percuma kepada mereka yang menggunakan unit bilik mandi tersebut.


Dikuasakan oleh Blogger.