Header Ads

Kucing Paling Jarang Ditemui Di Dunia Berharga RM105,000


Kucing Caracal yang sangat jarang ditemui ini bernama Demi Moore, salah seekor daripada 30 ekor kucing di dunia daripada baka yang sama.

Semestinya, sebagai salah satu kucing yang jarang ditemui, ia juga antara kucing termahal di dunia.

Baka ini dicipta dengan kacukan jenis Caracal liar dan kucing Abyssinian, dan anak kucing ini jelas memperlihatkan sisinya yang liar.

Keluarga Anastasia, penjaga Demi mengatakan mereka sukakan kucing dan mereka inginkan sesuatu yang eksotik dan luar biasa.

Mereka telah menempah anak kucing tersebut, dan menunggu untuk masa yang lama sehingga ia dilahirkan.

Apabila kucing tersebut telah membesar sepenuhnya, ia boleh membesar dengan ketinggian sehingga 20 inci, dan mencapai berat sehingga 15kg.

Buat masa ini, semua kucing Caracal tinggal di Rusia.

Dikuasakan oleh Blogger.