Header Ads

Kisah Bagaimana Kehidupan Seorang yang Menghidapi Skizofrenia


Skizofrenia ialah gangguan mental yang kronik, menyebabkan halusinasi, fikiran yang kacau, dan perubahan tingkah laku. Penghidap tidak dapat membezakan antara kenyataan dan fikirannya sendiri.

Kajian mengatakan 70 peratus penghidap Skizofrenia akan mengalami halusinasi. Rawatan dapat membantu mengurangkan kekerapan halusinasi. Satu peratus rakyat Amerika menghidap Skizofrenia dan kebanyakannya tidak bersikap ganas.

Ramai yang menganggap mereka yang menghidap penyakit ini adalah seorang yang gila. Walhal, mereka sebenarnya mengalami minda yang berbelah bahagi.


Ini kisah Yospie Cardozo, berumur 32 tahun yang disahkan menghidap Skizofrenia.

Ketika Yospie sedang berehat, dia nampak bayangan manusia di hadapannya dan sedang bercakap dengannya. Bayangan tersebut selalu tersenyum kepadanya dan berkata, "Mari kita lakukan ini. Kita boleh lakukan."

Malah, bayangan tersebut akan memegang sesuatu seperti jerut dan meletakkannya di leher, sepucuk pistol ataupun pisau. Kemudian, bayangan tersebut akan menjerit dan menyuruh Yospie melakukannya. Selepas itu, dia mengatakan akan datang semula dua hari lagi dan menghilangkan dirinya. Walaupun Yospie melihat bayangan tersebut, dia tidak ingin mengikut arahannya.

Dikuasakan oleh Blogger.