Header Ads

Kembar Seiras Mendapat Gelaran Ayah pada Hari yang Sama


Kembar seiras ini telah menentang satu kemungkinan yang besar, apabila mereka telah menjadi bapa pada hari yang sama.

Steven dan David Bisset, 28 tahun, telah berkahwin pada tahun lepas - Steven di bulan Jun dan David di bulan November - dan isteri masing-masing telah melahirkan anak pada 15 Ogos.

Kella Mac Bisset, anak kepada Steven dan Nicola telah lahir pada jam 6.15 pagi.

Kemudian, Robbie Stewert Bisset telah lahir pada jam 8.41 malam, anak kepada David dan Kim.


Ini bukanlah kali pertama mereka menyambut keraian bersama. Mereka juga pernah lulus ujian memandu pada hari yang sama ketika berumur 17 tahun.

Pernah suatu ketika, mereka menerima wang sebagai hadiah lalu keluar ke kedai secara berasingan, kemudian berlaku perkara yang mengejutkan keluarga mereka apabila mereka telah membeli cincin yang sama.
Dikuasakan oleh Blogger.