Header Ads

Instagram Bakal Melancarkan Kemudahan Pembelian atas Talian


Sehingga kini, aplikasi seperti LiketoKnow.it adalah satu-satunya cara untuk membeli produk dari Instagram.

Aplikasi gambar ini kini memperkenalkan kemudahan baru yang dapat membantu pengguna untuk membeli secara terus dari 'petak' kegemaran mereka - tanpa perantaraan aplikasi lain.

Instagram telah mengumumkan rancangan kemudahan baru itu pada hari ini, yang akan dijalankan sebagai fasa percubaan seawal minggu hadapan.

Instagram akan bekerjasama dengan 20 jenama termasuk Kate Spade, JackThreads, dan Warby Parker untuk mencuba ciri pembelian tersebut.

Sepanjang fasa percubaan,  ciri ini hanya akan wujud kepada pengguna di Amerika Syarikat. Walaupun tidak semua jenama mendapat akses kepada ciri tersebut, ini menunjukkan kita sudah hampir untuk benar-benar membeli di Instagram.

Berikut adalah antara paparan ciri pembelian baru :




Dikuasakan oleh Blogger.