Header Ads

Ini Yang Berlaku Kepada Tubuh Anda Apabila Anda Minum Coke


Semua orang sedia maklum bahawa Coca-cola ataupun minuman soda yang lain mengandungi kandungan gula yang tinggi. (Kita juga mengetahui yang Coke mampu membuatkan perkara yang luar biasa apabila dicampurkan dengan cecair nitrogen.) 

Tetapi, pernahkah anda terfikir apa yang terjadi kepada badan anda?

Lukisan ini, menggambarkan apa yang berlaku pada tubuh anda dalam masa sejam yang pertama selepas anda minum satu tin Coke.



Pada 10 minit yang pertama, badan anda akan menggunakan asid fosforik untuk memproses kemanisan 10 sudu teh gula - pengambilan yang disyorkan untuk sepanjang hari. 10 minit kemudian, gula dalam darah anda meningkat, yang menyebabkan insulin pecah.

Selepas 45 minit, kafein akan diserap sepenuhnya dan mata anda akan membesar. Malah, tekanan darah anda akan meningkat, dan sel penerima adenosine dalam otak akan tersumbat, yang dapat elakkan mengantuk.

Tetapi pada minit ke-60, kafein tersebut akan memaksa anda ke tandas. Jadi, anda akan kehilangan kalsium, magnesium, zink, sodium, elektrolit, dan air yang sepatutnya diserap oleh badan.
Dikuasakan oleh Blogger.