Header Ads

Ingin Menjadi Lebih Kaya Dalam Bisnes? Baca Tips Ini


Anda ingin kereta yang bagus, rumah yang bagus dan semestinya wang yang banyak supaya anda boleh lakukan apa yang anda inginkan. Tetapi, itu semua tidak akan membuatkan anda berjaya.

Anda akan menjadi lebih kaya apabila anda mula berfikir ingin membantu orang lain.

Anda akan dapat semua yang anda inginkan jika anda menolong orang lain dapatkan apa yang mereka mahukan.


Apa yang anda boleh bantu? Dan siapa yang anda boleh bantu?

Sebagai contoh, dalam bidang penulisan, anda boleh memberi nasihat untuk tidak melakukan sesuatu. Jika anda mempunyai pengalaman dalam percintaan, anda boleh menulis untuk membantu orang lain supaya dapat mengelakkan rasa sakit yang pernah anda lalui.

Anda perlu tinggalkan sesuatu untuk lebih memberi.
Terutama sesuatu yang buruk. Anda akan dapati ada perubahan besar dalam diri anda. Apabila mendapat respon yang baik, anda akan lebih menulis dan lebih banyak wang yang masuk.

Apa yang anda dapat dengan memberi?

Apabila sikap tersebut sudah menjadi gaya hidup anda, anda akan dapat semua ciri untuk berjaya : disiplin, keyakinan, komitmen, kesabaran, bertanggungjawab, kejujuran, fokus, dan ketabahan.

Bagaimana anda boleh memberi dengan lebih lagi?

Jika anda ingin ke tahap kejayaan yang seterusnya, fikirkan apa yang boleh anda sumbangkan.

Apa kebolehan, pengalaman, dan keinginan yang anda ada, yang boleh membuatkan hidup orang lain menjadi lebih baik? Apa yang menyebabkan anda tidak berkongsi perkara tersebut? Apa yang boleh anda tinggalkan untuk lebih memberi?

Cara ini boleh membantu anda :

Mulakan dengan jurnal.
Menulis setiap perkara yang berlaku dalam hidup dapat membantu anda mencari apa yang membuatkan anda bernilai.

Mengenali diri anda adalah cara untuk memberi.

Lupakan pasal perhubungan.
Fokus pada diri anda. Bina hubungan dengan mereka yang membantu anda menjadi kaya. Kemudian, baru lah anda dapat mencintai seseorang dengan seadanya.



Rancang hari anda.
Walau baik mana niat anda, semuanya tidak akan menjadi jika tidak dirancang. Jadi, rancang semuanya. Rancang apa yang anda ingin lakukan, dan tetapkan gol untuk mengelakkan pembaziran masa.

Fikir apa yang anda akan buat pada hari esok setiap malam sebelum anda tidur.



Dikuasakan oleh Blogger.