Header Ads

Ingat Komik Ini Apabila Anda Melihat Islamofobia di Khalayak Ramai


"Apa yang perlu dilakukan jika anda melihat penindasan dari orang yang fobia tentang Islam?"


Bayangkan anda berada dalam sebuah bas atau mungkin sedang mengambil angin di taman, kemudian anda lihat ada seseorang mengganggu seorang wanita Muslim berdekatan anda. Apa yang anda akan lakukan?

Cara ini diilhamkan oleh Marie-Shirine Yener, seorang pelukis dari Perancis yang lebih dikenali dengan nama Maeril.

Caranya juga boleh digunakan untuk penghinaan terhadap orang lain juga: Muslim, Sikh, atau India, dan apa jua manusia yang dituduh sebagai "pengganas".

Ini cadangannya :


1. Mulakan perbualan.
Pergi kepada mereka, duduk di sebelah mereka dan ucapkan helo.
Cuba untuk kelihatan tenang dan mengalu-alukan.
ABAIKAN SI PENYERANG.


2. Pilih tajuk secara rawak dan mula bincangkannya.
Tajuk tersebut boleh berkaitan apa sahaja: filem yang anda suka, cuaca, bercakap tentang pemakaian mereka yang anda suka dan bertanya di mana mereka mendapatkannya...


3. Sentiasa mencipta ruang yang selamat.
Sentiasa bercakap dengan memandang mereka da abaikan kehadiran si penyerang : respon daripada anda berdua akan membuatkan si penyerang mula menjauhi anda.



4. Teruskan berbual sehingga si penyerang meninggalkan tempat tersebut dan pimpin mereka ke tempat selamat jika perlu.
Bawa mereka ke tempat yang selamat supaya mereka tenang; hormati permintaan mereka jika mereka memberitahu mereka OK dan ingin pergi.



Dikuasakan oleh Blogger.