Header Ads

Huangluo - Kampung Rambut Terpanjang Pertama di Dunia


Menurut kaum wanita etnik Yao di Kg Huangluo, China, rambut adalah milik wanita yang paling berharga.

Huangluo juga seperti perkampungan China yang lain, yang mempunyai pemandangan semulajadi yang menarik dan banyak tradisi lama untuk hiburan pelancong.

Namun, perkara yang paling menarik di kampung ini adalah kegilaan kaum wanita terhadap rambut yang panjang bahkan kampung mereka dikenali dengan "Kampung Rambut Panjang" dan Guinness telah merekodkan perkampungan Yao sebagai "Kampung dengan
Rambut Terpanjang di Dunia".


Purata panjang rambut 120 orang wanita di Huangluo ialah 1.7 meter dan rambut yang paling panjang melebihi 2.1 meter. Hal ini kerana masyarakat ini mempercayai ianya dapat membawa kekayaan, nasib yang baik, dan umur yang panjang. Lebih panjang rambut, lebih bertuah orangnya.


Pada musim panas dan musim luruh, mereka akan pergi ke sungai untuk membasuh rambut mereka dan menutup rambut mereka dengan skarf biru.

Hanya lelaki yang bakal menjadi suami mereka yang dapat melihatnya, dan perkara itu hanya akan berlaku pada hari perkahwinan.  Jika mana-mana orang tempatan atau pelancong yang terpegun ketika melihat rambut mana-mana wanita, dia akan dipaksa untuk tinggal bersama keluarga wanita tersebut sebagai menantu. Namun, tradisi lama ini telah ditinggalkan sejak tahun 1987.

Kini, kaum wanita Yao dapat menunjukkan rambut mereka dan menyikatnya di khalayak tanpa perlu memikirkan akibatnya.


Dikuasakan oleh Blogger.