Header Ads

Hidung Jamal Berdarah Akibat Ditumbuk. Lihat Kisah Yang Sebenarnya

Datuk Jamal Yunos mendakwa hidungnya telah ditumbuk ketika satu kekecohan di Ampang. Malah, dia mengatakan YB Zuraida, Ahli Parlimen Ampang yang telah menumbuknya.


Mula-mula sekali anda boleh lihat pada video sekitar durasi 0:35 hingga 0:50. pada waktu ini Jamal belum kena tumbuk, tiada kesan darah di hidungnya.

Selepas itu Jamal Jamban tiba-tiba menjerit dan meracau bagai orang gila kepada pihak Polis yang cuba menenangkannya:

"Kami nak keluar! Kami nak keluar! Kami nak keluar!" Jerit Jamal berulang kali.


Ini adalah permulaan berlakunya pergelutan antara Jamal bersama pengikutnya dan kumpulan anggota Polis yang bertugas. Jika dilihat dari rakaman ini, tidak ada sesiapa yang memakai baju berwarna kuning. 

Kemudian berlakulah pergelutan antara Si Baju Merah dan pihak Polis. 

Dalam situasi ini, pihak Polis yang menjaga keselamatan telah mengepung kumpulan Si Baju Merah di dalam pasaraya, Polis telah membina satu 'buffer zone'. Jika ada sesiapa yang memakai tshirt kuning dalam kawasan tersebut, pasti akan dibelasah oleh kumpulan Si Baju Merah.


Boleh juga dilihat gelagat pengikut Si Baju Merah mengeraskan badan seperti dalam aksi memukul-mukul badan mereka sebelum ini.

Tidak lama selepas itu, Jamal muncul dengan darah merah mengalir keluar dari hidungnya sambil menjerit berulangkali menuduh pihak Polis telah menumbuknya.


"Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya!" Jerit Jamal berulang kali, sambil jarinya menunjukkan pada hidungnya yang berdarah.

Jadi, jelas di sini bahawa tidak ada penyokong Bersih 5 yang memaakai baju kuning yang telah menumbuk Jamal. Jika benar ada, hanya Jamal seorang sahaja yang nampak.






Dikuasakan oleh Blogger.