Header Ads

Gadis Ini Terdesak Sehingga Menjual Dirinya Demi Menyelamatkan Ibunya


Seorang gadis di China, berumur 19 tahun bertekad menjual dirinya di media sosial untuk membantu ibunya yang menghidap sakit kanser.


Cao Mengyuan telah mengiklankan dirinya di WeChat. Dia memaklumkan bahawa ibunya, 45 tahun disahkan menghidap kanser kulit.

Ibunya, sebelum ini bekerja sebagai petani sepanjang hidupnya. Namun, kini sudah hampir seminggu terlantar sakit di hospital dan keadaannya semakin memburuk.


Cao ingin menjual dirinya apabila mengetahui kos rawatan ibunya mencecah RM220,000. Ini sangat membebankan Cao apatah lagi tanpa insurans.

Huang Qiliang, pengasas kepada persatuan kebajikan Gong Yi Pai Ke, yang menghubungkan penderma kepada mereka yang memerlukan dari segi pendidikan dan perubatan, telah mendengar kisah Cao.

Huang memaklumkan bahawa seorang bos yang pemurah telah bersetuju untuk membiayai kos rawatan tersebut dan Cao tidak perlu menjual dirinya. Namun, perancangan bos tersebut belum diketahui.
Dikuasakan oleh Blogger.