Header Ads

Elakkan Perkara Ini Supaya Keluarga Anda Kekal Bahagia


1. Menghina dan mengkritik

Kata-kata membawa beban. Apabila kata-kata tidak elok diluah kepada keluarga, mereka akan terluka. Keluarga anda adalah sumber kekuatan dan semangat anda. Kata-kata negatif akan merosakkan asas hubungan kekeluargaan.

Walaupun mana-mana hubungan dapat diselesaikan dengan kemaafan, kesan sakit itu akan kekal sehinggalah kata-kata berubah. Ia akan mengambil masa yang lama dan interaksi yang positif untuk membaiki hubungan terutama apabila berkaitan kritikan dan cacian.

Jika ada ahli keluarga anda yang mempunyai masalah dengan percakapan yang baik, anda perlu menjadi contoh kepadanya. Gunakan perkataan yang dapat membangkitkan semangat ahli keluarga anda.

2. Gosip

Gosip adalah berbahaya. Kebanyakan gosip wujud disebabkan apabila seseorang kecewa dengan sesuatu yang berkaitan dengan orang yang mereka sedang ceritakan. Cara bergosip ini dapat membuatkan seseorang lega namun itu hanya bersifat sementara. Ianya tidak akan menyelesaikan masalah.

Jika anda mempunyai masalah dengan ahli keluarga anda, beritahu mereka dengan berhadapan dengannya. Anda tidak perlu bercerita isu anda di hadapan ahli keluarga yang lain. Ini akan membuatkan ahli keluarga anda berpihak antara salah satu dalam sesuatu situasi.

Apabila ada yang telah berpihak, ini akan menyebabkan perpecahan dalam keluarga. Luahkan perasaan anda dengan hormat secara tertutup dengannya, supaya dia nampak sudut pandang anda. 

3. Kurangnya penyertaan ahli keluarga

Berkumpul bersama-sama dengan keluarga adalah penting untuk penyatuan hubungan kekeluargaan. Termasuklah semua ahli keluarga di majlis keluarga. Walaupun anda "tahu" mereka akan berkata tidak, tanya sahaja.


Terpulang kepada mereka untuk ikut serta ataupun tidak, yang penting anda telah bertanya. Perasaan buruk hadir disebabkan kegagalan bertanya dan kegagalan kebersamaan. Jangan cari alasan untuk tidak bersama dengan keluarga anda.

4. Pembohongan

Berbohong dalam keluarga juga dapat meruntuhkan hubungan dalam keluarga anda. Kebenaran selalu akan menang. Jika anda tidak dapat berlaku jujur dengan keluarga anda, anda boleh berlaku jujur dengan siapa?

Berbohong untuk berahsia akan membawa kepada perpecahan dalam keluarga, kerana ianya datang dari kepercayaan yang terhakis.

Perbuatan anda akan memberi kesan kepada keluarga. Bukan sahaja kepada anda, malah sehingga generasi seterusnya. Berterus teranglah dan berusaha untuk menyembuhkannya, lebih baik daripada anda menyimpan pembohongan tersebut. Jangan bebani diri anda dengan penipuan.

5. Kegagalan untuk menerima perbezaan

Walaupun anak-anak dibesarkan dengan ibu bapa yang sama, cara didikan yang sama, mereka tidak akan berkelakuan yang sama. Kita semua ada perbezaan. Biarkan orang lain ada perbezaan.

Kasih sayang dan penerimaan bermula dari dalam keluarga. Jika sesebuah keluarga tidak ada ciri-ciri ini, mereka telah gagal sebagai sebuah keluarga.

Terima seseorang seadanya, itulah kunci kasih sayang.

6. Tiada kemaafan dan tidak saling bermaafan

Bermaaf-maafan itu kunci yang membuatkan keluarga kekal bersama. Tiada manusia yang sempurna, bukan? 

Kata-kata maaf dapat menyembuhkan luka di hati dan dapat mencipta ikatan kekeluargaan yang lebih kuat. Apabila anda meminta maaf, ini menunjukkan anda mengambil berat dan anda tidak menginginkan perasaan yang tidak elok antara anda berdua.


Jadi orang yang hebat, orang yang meminta maaf apabila melakukan kesalahan terhadap ahli keluarga. 

Apabila ada yang meminta maaf daripada anda, jadilah pemaaf yang pemurah. Keluarga perlukan satu sama lain. Jangan menyimpan dendam kerana ianya akan membebankan anda dan merosakkan keluarga.

'Actions speak louder than words'. Buktikan kemaafan anda dengan perbuatan.

Dikuasakan oleh Blogger.