Header Ads

Biarpun Berisiko, Bisnes Tetap Dapat Mengalahkan Pekerjaan 8 Jam


Ramai yang ingin menceburkan diri dalam bidang bisnes, namun satu perkara yang telah menghalang mereka merebut peluang tersebut adalah risiko.

Walaupun bisnes membuatkan anda mempunyai banyak tanggungjawab, namun anda akan lebih bebas, lebih kuasa, malah lebih berpotensi untuk mendapat ganjaran.

1. Kebebasan membuat keputusan dan waktu kerja.

Sebagai seorang usahawan, anda akan mempunyai kebebasan yang berbeza. Bukan sahaja anda mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan sendiri dan mengikut cara anda, malah kebebasan untuk bekerja bila anda mahu dan apa yang hendak anda lakukan. Berbeza dengan kerja di pejabat dengan waktu dan bayaran yang telah ditentukan, serta tiada fleksibiliti.

2. Perasaan puas dengan ganjaran.

Kepuasan dalam diri anda juga akan meningkat kerana wang yang anda hasilkan adalah berdasarkan usaha anda, dan setiap ringgit yang anda hasilkan selari dengan masa dan kerja keras dalam karier anda. Perasaan ini tidak akan boleh dibandingkan dengan bonus kecil yang anda dapat ketika kenaikan pangkat.

3. Kebebasan pengurusan.

Tambahan lagi, anda juga bebas kerana tidak mempunyai orang atasan. Anda tidak perlu lagi melapor kepada orang atasan atau dihina oleh bos anda. Sebagai seorang usahawan, anda lah bos dalam perusahaan anda. Menjadi seorang bos bermakna anda bebas terhadap permintaan dan persekitaran pejabat yang sebenar.


Walaubagaimanapun, setiap perkara ada risikonya. Risiko untuk hilang wang disebabkan perbuatan anda akan sentiasa ada. Malah, ada juga risiko untuk tidak bekerja keras dan anda perlu mendapatkan sendiri faedah kesihatan.

Anda juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk gagal. Anda perlu bersedia untuk bersaing dan mengorbankan segalanya untuk menjayakan bisnes anda.
Dikuasakan oleh Blogger.