Header Ads

Beg Tangan Berjenama Kelihatan Seperti Bungkusan Nasi Lemak!


Sebelum ini, pereka fesyen di Barat menggunakan alas kaki yang popular di Asia untuk dijadikan beg tangan. Kini, mereka menggunakan bungkusan nasi lemak pula sebagai cetusan idea mereka!


Hermes, jenama terkenal telah mencipta beg tangan berfesyen tinggi yang sangat mirip dengan nasi lemak kita.

Beg tangan daun pisang ini merupakan sebahagian daripada koleksi musim bunga tahun 2010 oleh pereka fesyen terkenal, Jean-Paul Gaultier.

Jadi, ini bukanlah koleksi terbaru dalam fesyen, tetapi gambar ini menjadi perhatian ramai selepas disebarkan oleh seorang pengguna Twitter.





Dikuasakan oleh Blogger.