Header Ads

Barang Ini Juga Mempunyai Tarikh Luput

1. Sikat Rambut: 6 bulan - 1 tahun


Anda perlu membersihkan sikat anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dan menggantikannya setiap tahun.

Jika tidak, anda akan menyebabkan rambut anda berminyak, kulit kepala anda merah dan gatal.

Jika anda telah kehilangan 10 peratus daripada berus sikat anda, sudah tiba masanya anda putuskan hubungan dengan sikat anda.

2. Puting anak kecil: 2-5 minggu


Puting perlu selalu diganti walaupun tidak selalu digunakan.

Getah puting mudah merekah dan rekahan tersebut boleh menjadi tempat bakteria membiak.

3. Span Dapur: 2 minggu


Anda perlu tukar dengan kerap jika tidak mahu bakteria membiak di dapur.

Cara lain, anda boleh meletakkan span anda dalam air panas - ini dapat membunuh bakteria.

Manakala, span mandi perlu ditukarkan selepas tiga hingga empat minggu.

4. Bantal: 2-3 tahun


Bantal anda akan mengumpulkan debu selepas beberapa waktu. Apabila bantal anda mula hilang bentuknya, ia akan menyebabkan anda sakit leher.

5. Berus Gigi: 3 bulan


Berus gigi mengambil masa 3 bulan untuk rosak, menunjukkan berus itu tidak lagi berfungsi secara efektif.

6. Minyak Wangi: 2-3 tahun


Jika anda membiarkan botol minyak wangi terdedah, ia hanya akan bertahan selama dua tahun. Pastikan penutupnya ditutup dengan kemas dan anda akan mendapat setahun lagi penggunaannya.


Dikuasakan oleh Blogger.