Header Ads

Atasi Sikap Malas Dengan Mengikuti Amalan Mudah Ini


Ramai antara kita yang menetapkan satu matlamat baru ataupun cabaran, namun sering gagal mencapainya.

Ada juga yang sudah bermula dengan usaha yang sedikit, dan berasa sudah cukup dengan usaha itu. Kemudian, mengambil masa yang lama untuk bermula semula.

Mengapa sering terjadi sebegini? Jawapannya sudah jelas: kerana kita ingin mencapai sesuatu dengan cepat, dengan banyak. Sehinggakan kita berasa sakit apabila kita sukar untuk mengubah tabiat lama atau mencuba sesuatu yang baru.

Kaizen, ataupun prinsip satu minit.

Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun, membawa maksud 'kai' iaitu ubah dan 'zen' iaitu kebijaksanaan.


Dalam budaya masyarakat Jepun, mereka mengamalkan Kaizen, iaitu 'prinsip satu minit' untuk memperbaiki diri sendiri. Prinsip ini tentang seseorang melakukan sesuatu dalam masa seminit, setiap hari pada waktu yang sama.

Jelaslah cara ini tidak membebankan sesiapa termasuk orang yang malas kerana hanya mengambil masa yang sedikit dan tugas yang sangat mudah.

Sesuatu tugas yang sebelum ini dirasakan tidak menyenangkan, akan bertukar menjadi sesuatu yang membawa keseronokan dan kepuasan. Mengambil satu langkah kecil pada satu masa, anda akan bergerak ke arah kesempurnaan diri dan mencapai keputusan yang hebat!

Apabila anda telah mula menikmatinya, anda akan mula untuk meningkatkan masa untuk anda melakukan tugas tersebut. Sebagai contoh, daripada seminit ke lima minit, kemudian 30 minit.

Anda hanya perlu faham apa yang ingin anda capai, dan anda sudah bersedia untuk mencapainya!
Dikuasakan oleh Blogger.