Header Ads

Alas Kaki Kini Menjadi Fesyen di Amerika Syarikat. Lihat Hasilnya!


Macam pernah lihat rekaan ini, bukan?

Ya betul. Ianya kelihatan sama seperti alas kaki yang rakyat Malaysia gunakan di rumah. Kebiasaannya, diletakkan di pintu dan di dapur berhadapan sinki. Kini, ia menjadi fesyen di Amerika.

Kedai Kaum Nomad ialah kedai milik orang Amerika secara online yang menjadi platform untuk syarikat kecil dalam bidang fesyen untuk menjual produk mereka.


Beg 'bergaya' ini berharga RM835. Agak mahal, bukan? Harganya termasuk kos penghantaran dan cukai dari Amerika Syarikat. Sedangkan di Malaysia, anda boleh dapatkan alas kaki tersebut dengan harga RM2.50, ataupun anda boleh mereka beg tersebut sendiri. Jadi,  anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk menjadi ikon fesyen terkenal.
Dikuasakan oleh Blogger.