Header Ads

9 Perkara Yang Lelaki Lakukan Akan Membuatkan Setiap Wanita Cair

Ramai wanita yang merasakan lelaki yang baik hanya wujud dalam buku ataupun filem. Tetapi, sebenarnya masih ramai di luar sana lelaki yang berhati mulia.

Mereka akan membuatkan jantung para wanita berdegup lebih pantas. Ini 9 gaya yang akan membuatkan lelaki bertukar menjadi 'Prince Charming'!

1. Membukakan pintu

Seorang lelaki yang tidak malas untuk keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk wanitanya adalah seorang yang berkelakuan baik dan teliti.

2.Menyimpan suapan terakhir makanan


Semua orang tahu yang hati seorang lelaki terletak melalui perutnya. Jika seorang lelaki menyimpan suapan terakhir makanannya untuk seorang perempuan, itu menandakan dia peduli dan sayangkan wanita tersebut dengan ikhlas.

3. Meluangkan banyak masa dengan keluarga anda


Jika seorang lelaki tertarik dengan gambar anda semasa bayi, cerita lawak tentang adik-beradik anda, dan dia memilih untuk meluangkan masa dengan ibu bapa anda berbanding bermain bola sepak dengan rakannya di hujung minggu, anda boleh memastikan dialah orangnya!

Walaupun hanya dengan cara yang paling mudah terhadap keluarga anda, itu menunjukkan dia sayangkan dan menghargai anda serta orang terdekat di sekeliling anda.

4. Memperkenalkan diri anda kepada semua orang


Seorang lelaki yang baik pasti tahu anda akan berkecil hati jika dia tidak memperkenalkan anda kepada sesiapa yang dia berjumpa. Lelaki yang teliti tidak akan berbuat demikian, dia pedulikan anda dan inginkan anda berasa selesa.

5. Memberikan hadiah tanpa sebab


Dia tidak memerlukan hari peringatan tertentu untuk memberikan anda bunga ataupun hadiah. Hanya hari biasa, seperti pulang dari kerja, dia melihat sejambak bunga cantik di kedai dan teringatkan kekasihnya, ibunya atau kawan rapat dan ingin membelinya untuk membuatkan orang kesayangannya tersenyum.

6. Sentiasa melindungi anda


Satu pergerakan kecil yang tidak semua wanita akan sedari. Walaubagaimanapun, jelaslah jika lelaki memilih untuk berjalan di bahagian luar pejalan kaki untuk melindungi wanitanya daripada situasi yang tidak dijangka.

Tanpa ragu lagi, inilah gaya seorang lelaki yang baik!

7. Mencium dahi anda

Jika seorang lelaki meluahkan perasaannya kepada orang yang disayanginya dengan mencium dahi, ini menunjukkan dia benar-benar ingin bersama dengan wanita tersebut. Dan si wanita, akan berasa gembira kerana dapat merasakan sayangnya dan perhatian.

8. Mengisi tangki minyak


Ini kejutan yang baik, yang menunjukkan lelaki baik yang diidamkan setiap wanita. Dengan cara ini, seorang lelaki cuba menunjukkan kepada kekasihnya betapa dia mengambil berat tentangnya tanpa mengharapkan balasan.

9. Sentiasa membantu anda memakai kot


Ya benar, seorang wanita boleh memakai kotnya sendiri, tetapi ini bukan soal kemampuan. Seorang lelaki yang sopan akan sentiasa memegang kot anda atau memberikan kotnya kepada anda apabila anda berasa sejuk.
Dikuasakan oleh Blogger.