Header Ads

12 Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Apabila Melakukan Sesuatu


1. Cara menanggalkan baju

Lelaki : Mereka letakkan tangan di belakang bahu dan menarik baju menggunakan kolar.

Perempuan : Mereka menyilangkan tangan di hadapan, dan memusingkannya.

Lelaki menggunakan kedua-dua cara. Perempuan pula hanya menggunakan satu cara, kerana baju perempuan lebih padan dengan badan dan tidak akan berhasil jika menggunakan teknik 'lelaki'.

2. Cara menunjukkan tangan

Apabila diminta untuk ditunjukkan tangan, lelaki akan menunjukkan tapak tangan (membuktikan tiada apa yang perlu disorokkan). Manakala, perempuan pula akan menunjukkan belakang tangan.

3. Membaling bola 

Kebiasaannya, lelaki akan membaling bola dari atas dan belakang kepala, perempuan pula akan membaling bola dari bawah ke atas dan memegang bola dengan kedua-dua tangan di bahagian hadapan.

Mengapa? Tiada siapa yang tahu!

4. Cara menguap



Lelaki akan menutup mulut dengan buku lima ketika menguap, manakala perempuan akan menggunakan tapak tangan - mungkin disebabkan ianya dilihat lebih elegan dan 'feminin'.

5. Mendengar bunyi 

Pendengaran perempuan lebih tajam berbanding lelaki. Perempuan juga lebih mahir menangkap bunyi yang tinggi frekuensi. Malah, otak perempuan telah 'diprogramkan' untuk mendengar suara anak menangis, dan kebanyakan lelaki akan tidur seperti tiada apa yang berlaku.

Namun, lelaki dapat memberitahu dari arah mana bunyi tersebut!

6. Cara duduk



Selalunya perempuan akan duduk dengan kaki bersilang. Lelaki lebih suka untuk meluaskan diri mereka, meletakkan lutut jauh antara satu sama lain.

Keadaan ini juga boleh dipengaruhi oleh jenis pakaian yang berbeza. Bukanlah idea yang baik jika perempuan duduk dalam posisi 'lelaki' jika sedang memakai skirt. Cara duduk lelaki pula menunjukkan gaya maskulin.

7. Cara membezakan kanan dan kiri

Lelaki tidak pernah bingung tentang kiri dan kanan. Jika ditanya pada kebanyakan perempuan manakah tangan kiri mereka, anda tidak akan mendapat jawapan spontan. Kebiasaannya, mereka akan melihat ke cincin, atau memikirkan tangan mana yang mereka gunakan untuk menulis, hanya kerana ingin mengingatkan diri mereka.

Inilah sebabnya lelaki di dunia ini mengadu yang perempuan tidak dapat membezakan kiri dan kanan!

8. Cara melihat



Lelaki dapat melihat dengan jelas dan jarak jauh. Penglihatan sebegini disebut sebagai penglihatan terowong - penglihatan seorang pemangsa yang mampu menjejaki mangsanya. Disebabkan itu, lelaki sering menuduh perempuan menyembunyikan barang daripada mereka kerana barang tersebut tidak berada dalam lapangan penglihatan mereka.

Perempuan pula sebaliknya, mempunyai penglihatan tambahan. Jadi, mereka perlu kerap melihat keadaan sekeliling, supaya dapat memerhatikan anak dan mengesan bahaya dengan cepat.

Perbezaan ini ada akibat yang serius. Syarikat insurans mengatakan perempuan kurang terlibat dengan kemalangan kereta yang mana kereta mereka dilanggar dari sisi. Namun, mereka cenderung untuk mencalarkan kereta apabila meletakkan kereta dalam keadaan selari, kerana mereka kekurangan perkembangan deria ruang.

9. Cara mentafsirkan perasaan

Lelaki tidak dapat memahami jika perempuan berasa tersinggung melainkan jika diberitahu secara terus. Perempuan pula selalunya menjangkakan lelaki akan membaca tanda yang ditunjukkan.

10. Cara menguruskan kerja

Lelaki secara umumnya mampu untuk fokus pada satu kerja dalam satu masa. Jika anda cuba untuk bercakap dengannya ketika dia sedang bercukur, dia berkemungkinan akan melukakan dirinya.

Ramai yang percaya, perempuan mampu melakukan beberapa perkara dalam masa yang sama.

Perkara ini sebenarnya bergantung kepada peranan sosial. Beribu tahun dahulu, jika seorang lelaki tidak menumpukan perhatian dalam memburu, keluarganya akan kelaparan. Dan jika seorang perempuan hanya fokus pada memetik beri dan akar, anak-anaknya akan berada dalam bahaya.

11. Cara mengatasi masalah



Apabila seorang perempuan mempunyai masalah, dia akan bercerita kepada ibunya, kawan baiknya, suaminya, termasuklah sesiapa yang berada di sebelahnya ketika dalam bas. Dia juga akan menulis dalam diari, menghantar mesej, atau meninggalkan status di media sosial. Lebih banyak berkongsi, lebih mudah baginya.

Lelaki pula akan baring di hadapan TV dan senyap. Dia mengatasi masalah dengan melupakan masalah tersebut buat sementara waktu. Apbila dia lebih tenang, dia akan mula mencari penyelesaian dan melakukannya sendiri. Memberi nasihat dan cadangan bukanlah perkara yang bagus untuknya.

12. Mengingati maklumat

Memori perempuan seperti almari besar, dengan berdozen rak dan semuanya tersusun. Perempuan dapat mengingati maklumat tentang orang yang pernah berjumpa dengannya dan semua yang berlaku - makanan kegemaran seseorang, tarikh lahir seseorang, keperluan anak untuk sekolah.

Lelaki akan mengingati perkara yang mereka rasakan penting, yang mana selalu membuatkan mereka mengatakan perempuan sering memenuhkan kepala mereka dengan maklumat yang tidak penting.

Dikuasakan oleh Blogger.