Header Ads

Seorang Lelaki Dipenjarakan 28 Hari. Ini Sebabnya



Seorang pengurus McDonald's telah menarik seluar seorang wanita sehingga menampakkan punggung mangsa di hadapan pelanggan lain. Dia telah dipenjarakan walaupun dia hanya ingin bergurau.

Stuart Hubbard, 26 tahun, seorang pengurus McDonald's di cawangan Nottingham telah menarik seluar mangsa di hadapan lima orang staf dan dua belas orang pelanggan.

Hubbard, manager of a McDonald's branch in Nottingham, has now been jailed for 28 days

Mangsa mengatakan dia benar-benar telah dimalukan dan 'dihantui' dengan pengalaman pahit itu apabila bertembung dengan orang yang pernah menyaksikan kejadian tersebut.

Hubbard telah mengaku bersalah atas tuduhan melakukan serangan tersebut pada 18 Februari, jam 1 pagi.

Dia telah dipenjarakan selama 28 hari oleh Hakim Stuart Rafferty kerana mendedahkan bahagian sulit badan mangsa.
Hakim juga telah mengkritik pihak pengurusan restoran tersebut kerana tidak segera menyiasat kejadian tersebut.

Pihak pengurusan hanya menyiasat apabila seorang pelanggan telah memberikan aduan. Wanita itu menyatakan apa yang disaksikan sangat menjijikkan.

Oleh itu, pihak McDonald's telah menggantung Hubbard dan memindahkan dia ke cawangan lain sebagai amaran terakhir. Dia kemudiannya ditangkap dan diarahkan membayar £500 kepada mangsa sebagai pampasan.
Dikuasakan oleh Blogger.