Header Ads

Menyimpan Rambut Selama Dua Tahun untuk Menderma


Seorang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun telah menyimpan rambutnya selama dua tahun hanya kerana ingin menderma kepada pesakit kanser.

Vinny Desautels dari California, sangat gembira untuk mendermakan rambutnya sepanjang 13 inci untuk membantu orang yang bertarung dengan kanser walaupun diejek oleh kanak-kanak lain.

Dia juga sering disalah anggap sebagai seorang perempuan namun dia masih ingin menyimpan rambut tersebut atas niat yang baik.


Namun, selepas dia menyelesaikan misinya dan menggunting rambutnya, Vinny serta keluarganya mendapati bahawa Vinny menghidap kanser tahap 4.

Para doktor masih mencari jenis kanser yang dihidap oleh Vinny selepas mendapati berlaku ketumbuhan di pinggul, dalam tulang di sekitar matanya, dan di pipi kanannya.



Dikuasakan oleh Blogger.