Header Ads

Barangan Ini Diperbuat Daripada Gentian Daun Nanas


Ananas Anam, sebuah syarikat tekstil atas kesedaran sosial telah melancarkan barangan kulit yang diperbuat daripada nanas atau dikenali sebagai Pinatex.

Seorang pereka berbangsa Sepanyol, pengasas Ananas Anam, dan Pengarah Carmen Hijosa telah menemukan 'kulit' ini ketika mereka ke Filipina, dan mereka telah diperkenalkan dengan 'barong talong', iaitu baju tradisional masyarakat Filipina yang ditenun dengan gentian daun nanas. Selepas lima tahun melakukan kajian, Pinatex diwujudkan.



Pinatex adalah tekstil yang bersifat semulajadi, inovatif, dan tenunan dengan hanya menggunakan gentian daun nanas. Gentian ini tahan lama justeru menjadikannya ganti kepada kulit haiwan. Malah, Pinatex sebenarnya hanya menggunakan kos yang rendah dan telah menarik minat syarikat besar seperti Puma dan Camper.



Pinatex juga secara tidak langsung membuka peluang untuk komuniti pertanian dengan menanam nanas, serta langkah yang besar untuk tidak menggunakan kulit haiwan dalam fesyen.
Dikuasakan oleh Blogger.