Header Ads

Bagaimana Menjemput Jodoh Dalam Masa Terdekat?



Apa yang anda rasakan bila selalu menjadi ‘punching bag’ kerana masih belum berkahwin?

“eh, kau bila nak kahwin ni?”
“Jangan asyik kerja je, nanti tak bersuamilah kau jawabnya!”

Dan banyak lagi ayat yang membuatkan kita berkecil hati.

– Sakitnya hati Tuhan sahaja yang tahu!!

Adakah mereka semua tidak faham bahawa jodoh itu adalah anugerah Allah? Yang mana kita sendiri tidak dapat mengawalnya.

Siapa yang mahu hidup membujang dan keseorangan sehingga akhir hayat.. tiada siapa yang mahu dilewatkan jodohnya.

Tiada siapa yang mahu digelar ‘anak dara tua‘

Allah.. inilah perkara yang orang disekitar kita tidak peka dan tidak faham. Tiada siapa yang sedar bahawa hati kita selalu menangis kesedihan disebalik senyuman yang pura-pura.

Tiada siapa yang faham.

..dan tiada siapa yang mahu memahami.

Percaya pada Allah. Yakin pada Allah


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka (Ar-Ra’d:11)

Subhanallah.. Walaupun berat ujian yang kita semua sedang lalui ini, kita harus yakin bahawa Allah sentiasa membuka jalan yang terbaik buat kita.

Orang yang berjaya selalu buat benda ini:

Dia malas nak fikir yang bukan-bukan dan sentiasa fikir yang baik-baik.

Kadang-kadang bila dah fikir baik-baik tapi still berlaku ujian, sentiasa fikir baik-baik lagi beranggapan,

“Oh ini mungkin ujian Allah untuk aku jadi lebih kuat.”

Jangan lihat ujian itu sebagai dugaan, anggaplah itu sebagai satu anugerah untuk ubah kehidupan jadi yang lebih baik InsyaAllah.

Banyakkan bersabar dan banyakkan senyum.

Oleh itu, kita sendiri yang harus berusaha untuk mengubah nasib kita. Kitalah yang bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri.

Dan setiap usaha kita untuk mendapat jodoh, pasti dilihat dan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah. Pasti Allah akan memudahkan jalan kita.
Maka percaya dan yakinlah pada Allah!


Berusaha untuk menjemput jodoh

Anda sedang bersaing dengan masa.

Anda ingin mendirikan rumahtangga secepat yang mungkin.

Saya tahu perkara ini sebab anda membaca artikel ini sampai ke tahap ini.

Anda juga mengalami ketakutan dalam memilih jodoh yang terbaik.

Saya faham, sebab kesilapan memilih jodoh akan mengundang bencana yang lebih besar, membuatkan kita lebih menderita seumur hidup.

Tapi jika saya beritahu anda bahawa anda hanya memerlukan beberapa langkah – mengubah beberapa perkara kecil – untuk mencapai matlamat mendapat jodoh yang baik dalam tempoh yang tidak lama?

Mahukah anda untuk percaya?

Ianya terpulang kepada anda. Ada sebab untuk anda percaya.

Sedangkan hidayah perlu dicari, apatah lagi jodoh. Ia perlu diusahakan dan dicari. Bukan sekadar dinanti.

Jika anda mengikuti blog akuislam.com ini sejak dari dahulu, pernah saya berkongsikan beberapa artikel mengenai jodoh, contohnya artikel 4 Cara Menjemput Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur

Secara ringkasannya, artikel ini menerangkan bahawa jodoh itu harus diusahakan untuk mencarinya. Ia ibarat satu matlamat.

Jika kita langsung tidak berusaha, maka tidak wajar kita menyalahkan Allah kerana tidak mendapat jodoh.

Ini kerana cara untuk mencari jodoh dalam Islam itu luas. Hanya kita sahaja yang terlalu sempit, malu tidak bertempat dan mudah menyerah dalam hal sebegini.

Oleh sekarang tiba masa untuk kita membuka fikiran, seterusnya membuka peluang kepada diri kita sendiri.

21 Tindakan Luar Biasa  Menjemput Jodoh  Dalam Masa Terdekat


Antara salah satu usaha mendapatkan jodoh, adalah dengan ilmu dan panduan.

Puan Siti Fathimah Suhaimi ingin menjemput anda semua untuk meneroka 21 tindakan luar biasa dalam menjemput jodoh dalam masa terdekat.

Menerusi e-bukunya, Puan Siti akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjemput jodoh dambaan hati dengan 21 langkah sahaja. Ia juga merangkumi kisah-kisah kehidupan mereka yang berpengalaman, yang telah merasai pelbagai ujian kekecewaan dalam pencarian jodoh.

Apa yang lebih menarik, semua tindakan yang ingin dikongsikan beliau adalah dilalui dan diamal sendiri oleh penulis, dan juga telah membantu ramai pihak mempertemukan jodoh.

Jika anda berminat untuk mengetahui tentang apa yang Puan Siti Fathimah ingin kongsikan, sila klik pada pautan ini untuk terus ke laman beliau sendiri.

Penutup

Jangan berputus asa selagi nyawa dikandung badan.

Orang beriman tidak akan mudah mengalah, tetapi sentiasa bersabar dan berusaha sedaya upaya sehingga ketemu kebaikan dihujung jalan.
InsyaaAllah.

Dikuasakan oleh Blogger.