Header Ads

7 Makanan Terbaik untuk Gigi Anda



Bila perkara yang berkaitan dengan kesihatan gigi, kita memang adalah apa yang kita makan. Makanan yang manis seperti gula-gula dan air bikarbonat akan mereputkan gigi anda.
Mengikut Persatuan Pergigian Amerika (ADA), bila diet tidak ideal, mulut adalah antara bahagian pertama yang akan terkesan.
Ikuti senarai makanan sihat untuk meningkatkan kesihatan mulut dan diet anda!

1. Keju
Jika anda penggemar keju, kini anda ada sebab lain untuk menikmati keju! Berdasarkan kajian, mengambil keju dapat meningkatkan pH dalam mulut dan mengurangkan risiko pereputan gigi. Kunyahan yang diperlukan untuk memakan keju dapat meningkatkan air liur dalam mulut. Malah, keju juga mengandungi kalsium dan protein, iaitu nutrien yang diperlukan untuk menguatkan enamel gigi.

2. Yogurt
Seperti keju, yogurt juga tinggi kalsium dan protein, yang membuatkan yogurt adalah pilihan yang baik untuk kekuatan dan kesihatan gigi anda. Yogurt mengandungi bakteria yang baik yang memberi manfaat kepada gusi kerana bakteria baik dapat menyingkirkan bakteria yang menyebabkan kaviti (lubang pada gigi). Jika anda ingin menambah yogurt dalam diet anda, pilih yang tanpa gula.

3. Sayuran Hijau
Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin dan mineral serta rendah kalori. Sayuran hijau seperti brokoli, kobis, dan bayam menggalakkan kesihatan mulut. Sayuran hijau adalah tinggi dengan kalsium, yang dapat membina enamel gigi. Malah, sayuran mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang mampu merawat masalah gusi untuk perempuan mengandung. Jika anda bukan penggemar sayuran, anda boleh menambah dalam smoothie.

4. Epal
Buah-buahan seperti epal adalah terkecuali dari senarai makanan manis kerana buah epal tinggi dengan serat dan air. Memakan sebiji epal dapat menghasilkan air liur, yang dapat menyahkan bakteria dan sisa makanan. Kesan memakan epal tidaklah sama dengan memberus gigi tetapi dapat membantu anda sehingga anda memberus gigi. Bawa bersama anda sebiji epal atau beberapa hirisan epal dalam menu tengah hari anda untuk membersihkan gigi selepas makan.

5. Lobak
Lobak adalah rangup dan tinggi serat. Memakan segenggam lobak mentah selepas makanan utama dapat meningkatkan pengeluaran air liur dalam mulut yang dapat mengurangkan risiko kaviti. Lobak juga sumber vitamin A yang baik. Hiaskan salad anda dengan hirisan lobak mentah atau makan lobak kecik begitu sahaja.

6. Saderi
Saderi juga seperti epal dan lobak, dapat bertindak seperti berus gigi yang dapat menyingkirkan sisa makanan dan bakteria dari gigi. Saderi juga sumber yang baik untuk vitamin A dan C, iaitu dua antioksidan yang membantu kesihatan gusi. Tambahkan krim keju untuk meyedapkan lagi saderi.

7. Badam
Badam adalah sumber yang baik untuk kalsium dan protein dan dalam masa yang sama, rendah gula. Nikmati suku cawan badam dalam menu tengah hari anda.
Di samping menambah lebih sayuran hijau, produk tenusu dan sayuran berserat, tumpukan juga apa yang anda minum. Air adalah pilihan terbaik kerana tiada kalori dan gula. Diet anda akan membawa perubahan yang besar apabila berkaitan dengan senyuman yang sihat.
Dikuasakan oleh Blogger.