Header Ads

5 Tips Melancong dengan Lebih Bijak


1. Jangan dedahkan rancangan anda di browsers.

Kebiasaannya, anda akan mencari sekurang-kurangnya 100 kali sebelum menempah tiket ke mana-mana destinasi.

Maklumat anda akan disimpan oleh portal dan syarikat penerbangan, yang akan menyebabkan kenaikan harga yang tidak munasabah.

Jadi, gunakan 'incognito mode' ketika mencari tawaran penerbangan yang murah!

2. Rancang awal untuk lebih jimat.

Jangan bertangguh untuk menempah tiket jika anda sudah ada destinasi dan tarikh yang tetap. Harga tiket akan berubah dalam beberapa minggu.

Penerbangan yang telah ditempah 7 minggu sebelum perjalanan, akan menjimatkan lebih banyak wang.

3. Daftar untuk pengumuman melalui emel.



Cara ini sangat membantu anda ketika anda terpaksa menempah tiket di saat akhir. Syarikat penerbangan akan mengumumkan kekosongan tiket pada saat akhir dengan harga istimewa.

Pastikan anda juga mendaftar di syarikat penerbangan kegemaran anda dan portal.

4. Pilih kad kredit dengan bijak.

Buat mereka yang sering ke luar negara terutama ahli perniagaan, anda boleh mendapatkan sepenuhnya peluang apabila anda menggunakan kad kredit yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan kegemaran anda.

Cara kedua, semua syarikat penerbangan pasti ada hubungan istimewa dengan sekurang-kurangnya satu bank. Pilih kad kredit anda dengan bijak jika anda selalu mengembara!

5. Tempah tiket pada pertengahan minggu.

Beberapa kajian telah membuktikan menempah tiket antara hari Jumaat dan Isnin adalah lebih mahal berbanding hari lain.



Syarikat penerbangan akan mula menghantar emel promosi tiket penerbangan terbaik selepas hari Selasa untuk memenuhkan kerusi.

Jadi, cuba untuk menempah tiket selepas waktu tengah hari Selasa untuk mendapatkan tawaran terbaik!
Dikuasakan oleh Blogger.