Header Ads

Lelaki Ini Dikecam Kerana Membuat Panggilan Palsu Semata Untuk Melamar Teman Wanitanya


Seorang lelaki yang membuat panggilan palsu hanya semata untuk melamar teman wanitanya seorang pekerja bomba menampakkan aksi yang romantis. Di samping itu, di juga telah dihentam oleh netizen kerana tindakannya membazirkan wang orang awam yang membayar cukai.

Mark Edward, 33, telah merancang bersama pengurus teman wanitanya, Jodi Vincent tentang panggilan palsu ini. Mark mahukan teman wanitanya ditipu merasakan bahawa beliau bersama rakan-rakan dipanggil untuk satu tugas yang biasa namun sebenarnya ada seorang lelaki yang akan menyarungkan cincin di lokasi panggilan palsu dibuat.

Ketika tiba Jodi Vincent di lokasi, beliau terkejut teman lelakinya berada di situ juga lalu melutut dihadapannya dan menanyakan satu soalan. Dia lalu menjawab ya.

Video lamaran mereka telah di upload di akaun Facebook dan Twitter Jabatan Bomba West Midland, yang juga mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Namun, terdapat komen-komen negatif yang dilemparkan oleh netizen terhadap post tersebut rata-rantanya menyatakan bahawa perbuatan tersebut sesuatu yang merugikan.

Seorang pengguna di Facebook bernama Matt McCartney menyatakan,
Satu pembaziran. Kalau seseorang membuat panggilan palsu sebegitu pastinya dia akan mendapat denda. 

Sementara itu, pengguna yang bernama Lee Cofield juga menyatakan,
Jadi cukai yang aku bayar diguna untuk lamaran perkahwinan. Teruk.

Terasa dipanggil untuk membalas komen negatif ini, Chris Gauntlet menyatakan bahawa dia adalah pegawai bertugas di balai ketika Cik Vincent bekerja.
Saya rasa perlu untuk memberitahu anda bahawa permohonan telah diminta untuk membuat sentuhan hebat ini.


Dikuasakan oleh Blogger.