Header Ads

Lelaki Ini Di Panah Petir 3 Kali Semasa Hidup Dan 1 Kali Di Kubur

Seorang pegawai british, Major Walter Summerford, menjalani kehidupan yang agak unik. Dia telah dipanah petir 3 kali semasa hidup dan sekali di kubur. Berikut kronologi kejadian yang berlaku keatas dirinya:

Tahun 1918 di Flanders
Major Walter Summerford sedang berperang di padang/kawasan terbuka, kemudian petir menyambar dirinya. Kejadian ini telah menyebabkan dia jatuh dari kuda yang ditunggang. Dia lumpuh sementara dari pinggang hingga ke bawah.

Tahun 1924 di Vancouver
Selepas pencen, dia pindah ke tempat baru ini. Ketika sedang berada dibawah pokok sambil memancing di tepi sungai, dia dipanah petir sekali lagi.! Dia lumpuh sebelah kanan badan.

Tahun 1930
Selepas sembuh sedikit dan boleh berjalan, dia bersiar-siar di taman. Dan sekali lagi, petir menyambar dirinya.! Kejadian ini menyebabkan dia lumpuh kekal seluruh badan.

Tahun 1932
Dia mati, tetapi bukan disebabkan petir.

Tahun 1936
Selepas 4 tahun kematiannya, tanpa diduga, kuburnya pula dipanah petir.! Kejadian ini merosakkan sedikit kubur Major Walter Summerford.

Jumlah keseluruhan panahan petir yang diterima ialah 4 kali iaitu 3 semasa hidup dan 1 setelah dia mati. Dahsyat bukan.?


Dikuasakan oleh Blogger.