Header Ads

Gara-gara Tidak Kunci Pintu Kereta, Wanita Ini Hampir Dilarikan Lelaki Tidak Dikenali


Seorang pengguna Facebook telah berkongsi detik cemas yang melanda dirinya semalam apabila dia hampir dilarikan seseorang yang tidak dikenali ketika sedang menunggu suaminya di dalam kereta.

Menurut, Nabilah Huda Mohamad, dia sedang menunggu suaminya yang masuk ke dalam bank di mana keretanya itu dalam keadaan tidak berkunci.

Kejadian yang berlaku menyebabkan dia masih trauma malah terdapat beberapa kesan lebam pada anggota badannya dipercayai kesan atas pergelutan dalam merampas kunci keretanya.

Berikut adalah kisah yang dikongsikan melalui laman Facebooknya.

Peristiwa petang tadi, pengajaran dan peringatan buat semua, pastikan lock kereta walaupun sekejap mana pun meninggalkan kereta...lagi-lagi dengan keadaan enjin hidup, saya masih trauma dengan peristiwa di mana saya hampir dilarikan oleh orang yang tak dikenali.

Allah masih sayangkan saya di mana saya sempat menjerit pangil husband yang berada di dalam bank, tragis sikit la sebab ada adegan terseret di pintu sebab nak rampas kunci.

Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dapat tarik perhatian orang ramai untuk tolong, penjenayah berjaya ditahan, skali dengan kereta pun kena tinggal di balai...huhu...sekarang still trauma dengan lebam-lebam di badan yang confirm tak daapt tidur la malam ni...

Husband lebam teruk kat tangan atas usaha nak lunyaikan penjenayah..tak pernah tengok husband mengamok sedemikian rupa...ingat ya semua! Dulu saya selalu baca kes-kes mcm ni kt fb...sekarang saya alami sendiri...beringat sebelum kena. - Nabila Huda Mohamad.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi kejadian, jadi kepada anda diluar sana, berhati-hatilah, jenayah di mana-mana.
Dikuasakan oleh Blogger.