Header Ads

Empat Pelari 1500m Paralimpik Ini Lebih Pantas Dari Peserta Akhir Olimpik Rio



Ahad lepas, Fouad Baka dari Algeria telah menamatkan larian 1500 meter dalam hanya 3 minit 49.59 saat di Stadium Macarana, Rio De Janeiro.

Keputusan itu sebenarnya sangat pantas, kerana jika dia bertanding di peringkat akhir larian 1500 meter di Olimpik Rio Ogos lepas, dia pasti sudah mengalahkan Matthew Centrowitz Jr. pemegang pingat emas. Centrowitz Jr. menamatkan lariannya dalam 3 minit 50 saat.

Malangnya, Baka bukanlah bertanding di peringkat Olimpik, tapi dia bertanding untuk Paralimpik. Juga, dia tidak memegang apa-apa pingat kerana dia menamatkan larian di tempat ke-empat.

Di hadapannya merupakan pemegang pingat gangsa, Henry Kirwa dari Kenya sepantas 3 minit 49 saat, pemegang pingat gangsa Tamiru Demisse dari Ethiopia sepantas 3 minit 48 saat dan pemegang pingat emas yang juga merupakan abang kepada Baka, AAbdellatif Baka sepantas 3 minit 48 saat.

Dikuasakan oleh Blogger.