Header Ads

Sering Upload Gambar Bawak BMW Pergi Masjid, Apabila Di Tegur Ini Kata Lelaki Itu


Di Petik daripada Nana Macarona

Pernah saya persoalkan tindakan suami yang selalu bawak cik putih pergi Masjid dan selalu pula tangkap gambar upload ke facebook hehe

Kata saya, "Abang bawak saga sudah la.. Lepas tu kalau bawak BMW pn takyah lah upload gambar kat facebook.. Nanti orang cakap abang riak pulak"

Saya akui, saya agak terkesan dengan bermacam-macam pesanan masyarakat Facebook lately..

Jangan upload gambar family..
Jangn upload/update kejayaan dan kekayaan..
Jangan update pasal pregnancy..

Banyaknya JANGAN!

Kemudian kata suami, "Biar la abang bawak BMW pergi masjid. Kereta mahal2 kalau tak bawak jumpa Allah nak buat apa? Lagi satu abang upload kat facebook untuk beri inspirasi kat orang ramai yang orang Islam pun boleh berjaya. Orang islam pun mampu jadi kaya. Dan orang Islam yang kaya pun, masih pergi masjid dan tak lupa Allah!"

Terkedu saya..

Memang benar kata suami.. Kalau kita tak cerita, bagaimana orang hendak mendapat inspirasi?

Kalau semua nak jadi JUTAWAN SENYAP, dari mana orang Islam hendak mendapat inspirasi bahawa Muslim pun boleh berjaya!

Kalau kita tak beri inspirasi melalui perbuatan baik kita, bagaimana mereka di luar sana ingin mendapat pengajaran bahawa KAYA ITU TIDAK BERDOSA.. Bahkan mendekatkan lagi kita dengan Allah..

Nak harapkan inspirasi dari mana? Drama TV?

Yang tak habis2 tunjuk ORANG KAYA ITU JAHAT?

Yang tak habis2 memburukkan imej orang-orang kaya?

Sehingga ramaiiiii takut jadi KAYA sebab takut jadi jahat! Walhal mereka tak sedar, bukan kekayaan yang menentukan JAHAT atau BAIK seseorang individu itu..

Tetapi, kekayaan dan wang hanya akan menunjukkan SIAPA DIRI MEREKA YG SEBENAR..

Kalau hakikatnya baik, dah jadi kaya pun InshaAllah baik juga..

Kalau hakikatnya tak baik, walaupun tak kaya pun, tetap perangainya tidak baik jugak..

Jomlah kita jadi muslim yang BERJIWA BESAR!
Yang dahagakan KEJAYAAN!
Yang dahagakan INSPIRASI!
Yang dahagakan PELUANG KEJYAAN!

Bukan hanya yang tahu BERBURUK SANGKA!
Bukan hanya yang tahu KONDEM!

Tapi hakikatnya, masih berpijak di tempat sama.. Tiada kemajuan.. Hidup dengan selesa.. Apa adanya..

Kita muslim mesti KAYA! Mesti BERJAYA!

Biar nampak ISLAM ITU HEBAT!
Islam itu KUAT!
Tidak mudah diperkecil!
Tidak mudah dibuli!
Tidak mudah dipandang rendah!

Saya inginnnnnn nak lihat lebih ramai lagi JUTAWAN MUSLIM di negra ini.. Bahkan di dunia ini..

Dan saya nak jadi salah seorang daripadanya.. InshaAllah!
Dikuasakan oleh Blogger.