Header Ads

Lelaki Ini Kongsi 9 Tips Mendekati dengan Orang yang Berpengaruh Besar, No 5 Sangat Penting

Tips ini telah di kongsi melalui artikel yang di terbitkan oleh Liyana Akmal di laman facebooknya. 

1) Muliakan dirinya. Banyakkan memuji usaha dan result mereka. Ikhlas.

2) Rendah diri. Jangan cerita besar-besar tentang diri kita, Jangan membangga diri. Ini boleh menjengkelkan orang yang mendengar.

3) Jangan banyak bercerita tentang diri kita kecuali apabila ditanya. Banyakkan bertanya kepada mereka. Right answer comes with the right question. So, ask brilliant question kepada orang-orang hebat ni.

4) Sekiranya ada hujah dan pendapat mereka yang kita tak setuju. Diamkan sahaja. Jangan memintas kata, dan berdebat menyangkal hujahnya.

5) Hormat. Manusia ada banyak pendapat berbeza. Hormat adalah kunci dalam menjaga adab dan tatasusila.

6) Minta izin sekiranya mahu membawa rakan yang lain. Sekiranya mereka hanya menjemput kita, jangan pula bawa satu kampung berjumpa dengan dirinya. Respect keputusannya.

7) Sekiranya mahu bergambar, mohon izinnya terlebih dahulu. Jangan tergesa-gesa atau bertindak memaksa, atau syok sendiri pula.

8) Sekiranya mahu mendekati orang berpengaruh ini, dekati dulu orang yang rapat dengan dirinya. Kita jumpa dengan recommendation mereka. Hormat life privacy mereka.

9) Jaga panggilan dengan mereka, adab professional. Panggil mereka dengan pangkat mereka seperti Dato', Ustaz, Dr, Tan Sri, dan Tuan. Jangan bawa budaya 'kakak abang, U, I, uols dan sebagainya.

 Yang penting sekali dekatilah mereka dengan IKHLAS, bukan atas asbab berkepentingan nak dapat projek atau nak tumpang glamour. Masya Allah.. sekiranya kita amal tips ni, bukan sahaja orang berpengaruh sahaja, semua orang pun suka dengan kita.
Dikuasakan oleh Blogger.