Header Ads

Jika Anda Meletakkan Nikah Sebagai Tujuan Hidup, Ingat Pesan Ustaz Don Ini


Di petik dari facebook Indahnya Berpurdah

‪Buat‬ kamu yang ingin tapi belum menikah..

Pesan Ustaz Don,

Dah kawen, kreatiflah dalam bercinta.

Pesan aku (pengalaman hidup seciput,tapi aku cuba jugak berpesan),
Belum kahwin, kreatiflah dlm bentuk diri.
Asbab Allah ciptakan dia selalunya macam karektor kita,
Kalau nak cari sempurna macam diri
baik kahwin dengan diri sendiri.

Yang belum nikah,
Awak bukan tak laku,
Bukan tak handsome/cantik
Bukan tak baik,
Bukan takda ruang bercinta halal,

Tapi Allah bagi awak banyak masa
Perbaiki diri,
Perbetul sikap,
Mencari rezeki
Berbakti lebih pada orang tua
Allah pilih awak
Asbab Allah nak awak cukup sedia dalam rumah tangga,
Awak tak nampak hikmah tu,

Tapi yang ciptakan awak tau apa awak perlu,
Dia yang cipta awak dan bakal pasangan awak,
Kalau awak sedeh tak dak pasangan,
Awak akan mengadu pada Dia,
Kali ni lebih lirih bunyinya,
Lebih ikhlas maunya,
Lebih sungguh-sungguh mintanya,
Lebih senang mengalir air matanya,

Bila diberi ujian lekaslah kita tersedar,
Diberi nikmat mudahlah kita alpa,
Itu lumrah sebab awak-kita manusia,
Awak jangan sedih,

Tuhan tak ciptakan awak sia-sia
Tuhan tak cipta awak sekadar nak beri derita
Benarlah
Kalau hidup sekadar hidup
Babi di hutan pun hidup,

Saya suka pesan
Nikah bukan tujuan hidup
Nikah hanya alat mencapai tujuan hidup
Kalau awak tak mampu capai alat ni
Ada banyak lagi alat lain awak boleh guna,
Untuk korek dalam-dalam lubang bahagia
Kreatiflah dalam mencapai tujuan hidup,
Kreatiflah dalam mencipta bahagia..
Dikuasakan oleh Blogger.