Header Ads

Gambar Dua Orang Palestin Yang Mempertahankan Polis Israel Ini Viral Di Internet


Gambar yang di rakam oleh Shaul Golan, jurugambar untuk syarikat surat khabar Israel's Yedioth Ahronoth ketika keadaan bergolak antara orang Israel dengan pihak berkuasa Israel.

Gambar tersebut memaparkan dua orang lelaki Palestin yang sedang melindungi seorang polis wanita Israel daripada terkena balingan batu oleh orang Israel yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa Israel dan orang Palestin sendiri.

Polis wanita itu sebenarnya telah terpisah daripada kumpulannya ketika kejadian itu berlaku. Lalu, dua orang lelaki Palestine yang dikenali sebagai Zakaria Sadah, pekerja ladang untuk Rabbis for Human Rights dan seorang lelaki Kusra telah membantu wanita tersebut dengan memastikan keselamatannya dengan menghantarkannya kembali ke pihak polis Israel. Sebelum itu, Zakaria menjerit “Jangan tembak. Jangan tembak.” sambil menunjukkan mereka tiada senjata yang boleh membahayakan polis wanita itu

sumber: thevocket.com
Dikuasakan oleh Blogger.