Header Ads

Lelaki Ini Hanya Menggunakan 'Asetnya' Sebagai Pelaris Jualan Durian

Dengan musim durian menjelma, pasti sukar buat peniaga untuk bersaing melakukan jualan kerana banyak gerai-gerai yang turut jual durian di tepi jalan.

Maka setiap peniaga melakukan strategi sendiri bagi melariskan jualan mereka.

Namun, kelihatan seorang pemuda ini melakukan strategi beliau yang unik. Di kenali sebagai Jordan Yeoh, beliau hanya menggunakan 'aset' yang ada untuk melariskan jualannya.

Dengan hanya berpakaian singlet, berbadan sasa, serta mesra dengan pelanggan yang hadir memberi layanan yang berbeza daripada peniaga yang lain.

Dia juga turut menyediakan khidmat mengopek dan membelah buah duiran untuk pelanggannya di sebuah gerai di kawasan kejiranan Taman Tun Dr Ismail.

sumber: mynewshub.cc










Dikuasakan oleh Blogger.