Header Ads

Pelajar Ini Beli Sofa Terpakai Dengan 20$ Dan Terdapat Bungkusan Durian Runtuh !

Tiga pelajar kolej di New York mendapat kejutan yang tidak di jangka sepanjang hidup. Selepas mereka berbelanja $20 untuk mendapatkan sofa terpakai, mereka tanpa di sengajakan telah di uji dengan perilaku di mana setiap tindakan akan mempengaruhi kehidupan.

Mereka telah membeli sofa tersebut, setelah seminggu berasa terdapat sesuatu yang tersembunyi di dalam sofa tersebut kerana perasaan janggal terhadap bunyi plastik ketika mereka duduk di atas sofa.

Jadi mereka terbalikkan sofa tersebut lalu cuba mendapatkan apa yang tersembunyi di dalamnya.

Salah seorang dari mereka telah mengeluarkan sebungkus surat yang tebal, lalu di buka satu per satu.

"Ia pasti dadah, tak pun duit" kata salah seorang pelajar tersebut selamba, selepas pengakhiran balutan tersebut, mereka mendapati banyak helaian $50 serta $100 di dalamnya.

Ia suatu kejutan yang sangat ekstrim sehingga salah seorang menjerit kepada rakannya yang lain supaya pintu rumah tersebut di kunci demi keselamatan.

Mereka duduk bersama sambil mengira duit tersebut, namun mereka jumpa satu slip yang tertera nama pemilik kepada sofa tersebut dan mungkin pemilik tersebut lebih mengetahui siapa pemilik kepada duit $40,000 ini.

Ia suatu ujian yang besar buat mereka, satu dilemma sama ada perlu atau tidak untuk memberitahu kepada pemilik tersebut.

Apakah yang anda akan buat jika terjumpa duit sebanyak ini?

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tindakan mereka bertiga ini.

Dikuasakan oleh Blogger.