Header Ads

Wanita Tercirit Dalam Kelab, Orang Ramai Kecoh Keluar Dari Premis

Terkini, viral di media sosial dan blog beberapa keping gambar kekecohan yang berlaku di sebuah kelab berikutan seorang wanita telah 'tercirit' ketika dalam kelab berkenaan.

Tidak tahulah apa punca sehingga menyebabkan wanita berkenaan tercirit tetapi orang ramai kelihatan keluar dari premis berkenaan.

Bagaimanapun menurut cerita yang tersebar, antaranya menerusi The Hype Media, kejadian itu berpunca daripada angkara bekas kekasih wanita itu yang mana telah memasukkan sejenis ubat ke dalam minuman. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa dan terus meminum air minuman tersebut sehingga dia tercirit.

Tindakan itu dilakukan oleh bekas teman wanita itu kerana berang akan tindakan mangsa yang bermain kayu tiga.

Namun itu hanyalah cerita yang tersebar dan Siakapkeli tidak dapat mengesahkan kesahihan cerita tersebut.

Berdasarkan pemeriksaan kejadian ini berlaku di luar negara, dan gambar-gambar ini sudah mula tersebar sejak 4 Mei lalu.  — Siakapkeli.my



Dikuasakan oleh Blogger.