Header Ads

Tiba-tiba Dapat RM1,000 Lepas Derma RM100

Kejadian seram ini telah dilalui oleh Puan Rashidah Rashidi ketika berhenti sebentar di salah sebuah R&R di lebuhraya.

Puan Rashidah Rashidi telah berkongsi kisah yang menyeramkan di laman facebook beliau.

Stop kat RnR Temerloh.

Pening kepala plus lapar. Masa makan datang akak pakai baju hitam dan baby cute giler pakai baju putih.

Akak tu duduk depan aku. Mata bengkak menangis. Dia merayu minta pinjam duit. Sebab purse dia hilang, minyak dah habis.

Akal : Jangan bagi weh, banyak kes orang menipu. Lagipun duit kau dah banyak guna duit harini. Travel sana sini. Baiki tayar, lampu, brek, servis kereta. Haa.. Baki dalam dompet pun ada RM 100 something.

Aku terus cakap takde duit.. Akak tu merayu-rayu. Aku berkeras cakap takde duit. Dan akak tu bangun dan blah. Baby tu pandang aku.

Hati : Sampai hati ko biarkan akak tu. Cuba bayangkan akak tu Ibu, baby tu Jojon. Bodohlah ko ni.

Aku terus kejar akak tu. Terus bagi semua duit dalam purse aku. Adeh… Tawakal lah. Kalau tipu pun tipu lah. Tapi aku tak sampai hati nak tengok muka kesian baby tu. Sempat snap gambar (gambar ni jadi blur tetiba. Dont know why)


Lepas akak tu pergi, aku terus kenyang, pening dah hilang. Terus balik. Sampai lah tol Bentong, akak tol tegur. Dek.. Kenapa letak duit kat wiper.

Aku blur. Tengok kat wiper, macam ada duit. Aku terus stop tepi highway. Fuhh… Duit RM 50, ada 20 keping. RM 1000. Allahu.



Aku pandang kiri kanan. Siapa yang letak?????!!! Meremang bulu roma.. Adeh….. Blurrrr…


sumber: thevocket.com
Dikuasakan oleh Blogger.