Header Ads

Saintis Jerman Dedah Keburukan Buang Air Sambil Duduk, Sunnah Nabi Perlu Jadi Ikutan


Mencangkung atau duduk? Teknik mana yang akan anda gunakan untuk membuang air semasa di tandas?

Walaupun teknik mencangkung adalah budaya asal rakyat Malaysia, teknik ini semakin dilupakan kerana tandas cangkung kini semakin sukar untuk dijumpai khususnya di kawasan-kawasan bandar dan teknik duduk sambil membuang air besar dilihat lebih bersih dan "standard".

Tetapi seorang saintis dan penulis dari Jerman, Giulia Enders hari ini mendedahkan teknik duduk untuk membuang air adalah salah dan tidak baik untuk kesihatan. Menariknya, saintis itu juga berkata cara yang baik untuk membuang air dengan mencangkung.


Menurut Giulia, dengan mencangkung, keadaan usus lebih bersedia untuk mengeluarkan isinya.

Ahli mikrobiologi itu berkata, teknik duduk yang biasa digunakan oleh masyarakat di barat mempunyai efek negatif terhadap tubuh manusia. Menurut beliau, dengan membuang najis sambil duduk, otot-otot yang berada di hujung usus lebih sukar membentuk untuk mengeluarkan najis. Ini boleh meningkatkan kemungkinan buasir dan lain-lain penyakit.

"1.2 bilion orang di seluruh dunia yang mencangkung hampir tidak mempunyai masalah penyakit diverticulosis atau buasir," katanya kepada The Guardian.

Giulia menambah, mencangkung lebih efektif kerana ia membolehkan usus membuka lubang dihujungnya dengan betul.

Bercakap kepada BBC Radio 4, Giula berkata "Bila kita duduk atau berdiri, terdapat satu otot yang menarik hujung usus menyebabkan ia(usus) menjadi sedikit melengkung."

Kata beliau lagi, lengkungan itu akan menjadi lurus apabila kita berada di posisi mencangkung, yang membolehkan najis keluar dengan lebih mudah.
Dikuasakan oleh Blogger.