Header Ads

Kereta Terbang Terhempas Ketika Sesi Ujian Penerbangan

BRATISLAVA - Sebuah kereta terbang yang masih berada di tahap pengujian terhempas di sini pada minggu lepas ketika sedang menjalani sesi pertama ujian penerbangan kenderaan tersebut.

Portal berita Mail Online melaporkan saksi melihat kenderaan yang dipandu oleh penciptanya, Stefan Klein menghadapi masalah sebelum berpusing beberapa kali di udara dan terhempas semasa ujian penerbangan pertama kereta tersebut.

Bagaimana pun, Klein berjaya menyelamatkan diri dari kemalangan itu dengan mengaktifkan payung terjun di ketinggian 274.62 meter di udara dan hanya mengalami kecederan ringan.

Syarikat yang mengusahakan kenderaan terbabit AeroMobil menjelaskan, data yang dikumpul ketika penerbangan itu akan digunakan untuk terus membangunkan kenderaan itu yang kini sudah berada di tahap ketiga penghasilan modelnya.

“Kenderaan itu berada di peringkat ketiga penghasilannya, kini sedang menjalani pelbagai program analisis dan ujian.

“Ketika ujian penerbangan pada 8 Mei lalu, pencipta dan juruterbang, Klein berdepan situasi tidak dijangka dan terpaksa mengaktifkan sistem payung terjun pada ketinggian kira-kira 300 meter di udara,’’ ulas syarikat berkenaan berkenaan insiden itu.

Kereta itu dijangka bakal menemui pengguna pada tahun 2017. - Siakapkeli.my





Dikuasakan oleh Blogger.