Header Ads

Ibu Ikat Leher Bayi Seperti Binatang Sebagai Bahan Gurauan


Beberapa keping gambar baru-baru ini tersebar dilaman sosial yang menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang menyebabkan ramai netizens terkejut dan marah.

Ada yang menyebarkan gambar ini kononnya berlaku di Malaysia tetapi berdasarkan sumber yang di cari kejadin ini berlaku di Bataan, Filipina.

Gambar-gambar berkenaan dikatakan dimuatnaik  ke Facebook oleh ibu kanak-kanak tersebut hanya sekadar untuk gurauan.

Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan, Marilyn Tigas berkata, gambar itu dimuatnaik dan dianggap 'lawak' oleh ibunya.

"Mereka fikir orang ramai tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak," jelas Marilyn.

Seorang aktivis kemanusiaan, Corazon Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut 'suatu lawak yang keterlaluan'.

"Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka. Pelaku patut dihukum," katanya.

Selain itu seorang lagi aktivis kemanusiaan, Lurleen Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.

"Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata "Oh, ianya tidak mengapa," jelas Lurleen.

Bayi itu sekarang dikatakan dalam jagaan jabatan sosial untuk sementara waktu.

-siakapkeli.my
Dikuasakan oleh Blogger.