Header Ads

Gadis Ini Bergelar Jutawan Dengan Sekelip Mata, Ini Bagaimana Dia Lakukannya


Pada usia semuda 26 tahun, ejen hartanah Singapura Shirley Seng menjadi jutawan dalam sekelip mata, selepas dia berjaya menjual penthouse dengan rekod SGD 51 juta (RM138 juta) pada bulan lalu.

Memetik laporan daripada Malaysian Digest, komisen yang diperoleh oleh Seng daripada hasil jualan tersebut ialah kira-kira SDG 1.5 juta (RM4.06 juta)

Memandangkan urus niaga tersebut menjanjikan kehidupan yang lebih baik, graduan Politeknik Nanyang ini berazam untuk meneruskan kerjaya tersebut.

“Urus niaga ini menjanjikan wang yang lumayan, seperti mendapat jackpot. Tetapi ini adalah kerjaya sepanjang hayat saya, jika saya pergi bercuti panjang sekarang, saya mungkin kehilangan pelanggan saya apabila saya kembali, ” katanya.

Seng, yang menentang keluarganya untuk menceburi bidang hartanah, berkata, dia masih tidur di ruang tamu di rumah teres di Serangoon di mana dia tinggal bersama ibu bapanya, datuk nenek, dua beradik, empat saudara yang lain, dan seorang pembantu rumah.

“Saya membeli Volkswagen MPV tujuh tempat duduk supaya datuk dan nenek saya boleh bergerak dengan selesa. Mereka telah menyokong keluarga saya selama ini kerana ayah saya telah sakit dan tidak dapat bekerja . Ibu saya adalah seorang suri rumah,” jelasnya.

Laporan juga memberitahu bahawa, sejak dia menyertai PropNex sebagai agen pada Januari lepas, dia telah pun menutup 53 perjanjian lain kebanyakannya pasaran sewa dan telah memperoleh satu komisen sebanyak $ 1700000 (RM4.61 juta).

“Saya bekerja keras untuk memberikan keluarga saya kehidupan yang baik ,” tambahnya.
Dikuasakan oleh Blogger.