Header Ads

Ini Kereta Misteri USD3.4 Juta Yang Dom Terbangkan Merentasi Dua Pencakar Langit

The Lykan Hypersport, sebuah supercar yang sangat sangat terhad, dan sangat sangat mahal. Hanya ada 7 buah saja di dunia dan berharga USD3.4 juta. Sekiranya ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan penambahan cukai dan kejatuhan mata wang RM, harganya mungkin RM25 juta.

The Lykan Hypersport dibina oleh W Motors sebuah syarikat pengeluar kereta yang bertapak di Dubai yang menggelar diri mereka syarikat supercar Arab yang pertama. Syarikat ini dimulakan oleh Ralph Debbas dan didedikasikan untuk membuat kereta yang sangat sangat mewah yang hanya sheikh sheikh minyak sahaja mampu beli.

Kereta ini dikuasai enjin 3.8 liter twin-turbo flat-six yang diambil daripada Porsche tuner RUF yang menghasilkan 770 hp dan 708 ft.-lb torque melalui transmisi kotak gear 7 kelajuan. Menurut W Motors, Lykan mampu capai 0-100km/h hanya dalam masa 2.8 saat.

Pada bahagian dalam Lykan pula terutama tempat duduk, ia dijahit dengan benang emas dan W Motors mengatakan paparan media dibahagian tengah kereta ini boleh dipaparkan dalam bentuk holografik.

Menariknya lagi, Supercar ini didatangkan dengan 24 jam servis jurutera dan “flying doctors” untuk membantu dan memenuhi kehendak anda dan Lykan mana mana saja di dunia ini. Harga yang tinggi datang dengan servis yang eksklusif.




































-thevocket.com
Dikuasakan oleh Blogger.