Header Ads

IKEA China Menghadapi Masalah Besar, Apabila Pelanggan Datang Hanya Untuk Tumpang Tidur

Tidak di nafikan setiap produk keluaran IKEA sangat ringkas dan memukau. Pihak IKEA juga menyediakan perabot display supaya mudah para pelanggannya untuk membuat keputusan dengan lebih cepat.

Namun lain pula jadinya di China, yang menggunakan perabot display sebagai kemudahan peribadi mereka setiap hari !

Pekerja di IKEA China ini terpaksa melakukan kerja tambahan iaitu memantau dan mengejutkan pelanggan yang tidur di perabot mereka. Namun, walaupun seorang telah di halau, pelanggan lain pula yang datang dan seterusnya. Begitulah setiap hari.

Seorang pelanggan perempuan pernah berkata yang dia datang ke IKEA untuk tidur sebentar di salah satu katil yang selesa baginya.

Baginya ianya bukanlah satu isu yang besar, katanya lagi "Ya, mungkin ianya memberi impak pada pelanggan lain yang sedang membeli belah di sini, tapi ia tidak sepatutnya memberi masalah yang besar buat IKEA"


Seorang pelanggan lagi berkata, "Tidur di perabot display ini memang memberi kesan pada pelanggan lain. Saya faham yang kadang-kala kita perlu berehat sebentar tapi kalau dah sampai tertidur, ianya satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku" 







Dikuasakan oleh Blogger.