Header Ads

Captain America Bersiar-siar Di Johor Bahru, Kenali Siapa Beliau Yang Sebenar


Kadang-kala, superhero ni seperti impian kita waktu kecil. Tapi bila dah besar, impian itu mungkin telah pudar serta berbeza sama sekali.

Namun,  bagi Kimberly Lee Tan, 46, dia tetap mempunyai impian sejak kecilnya itu untuk menyarung kostum superhero.

Walaubagaimanapun, dia tidak menentang keganasan orang-orang jahat di sekitar, menyarungnya hanya sekadar impian sejak kecil.

Ramai penduduk di Johor Bahru perasan akan kehadiran 'Captain America' versi Malaysia ini. Lebih membuatkan ia menonjol, apabila dia menyarung perisai berlogokan bintang bersama motorsikal besarnya, Ducati Monster berlegar-legar di sekitar bandar Johor Bahru.

Aktivitinya itu menjadi sebutan ramai orang di Facebook terutamanya. Ramai rakyat Malaysia yang sempat mengambil gambarnya ketika menunggu lampu isyarat serta di sekitar bandar ini.

"Ia merupakan hari Ahad yang menyeronokkan, saya sebenarnya hendak ke kedai motorsikal untuk servis"

"Kemudian saya rasa macam cool kalau pakai kostum Captain America ke sana, sebab ramai rakan saya yang mencabar saya berbuat demikian." Dia memberitahu The Rakyat Post, yang di hubungi semalam.

Tan merupakan seorang fitness instructor di Johor Bahru, dia juga berkata bahawa tidak langsung menyangkakan apa yang dia buat menjadi perbualan orang ramai.

Tan telah di sambut baik oleh orang ramai pada hari itu, katanya lagi, dia telah berbuat demikian sejak April 23.

sumber: The Rakyat Post




Dikuasakan oleh Blogger.