Header Ads

Anda Sebenarnya Tidak Perlu Ambil Berat 9 Perkara Ini, Lebih-lebih Lagi No 4


Hidup kita terlalu tertekan untuk melakukan perkara bagi mengikut kehendak apa yang orang katakan pada kita. Padahal hakikatnya, tiada siapa yang hiraukan tentang diri anda lebih daripada diri sendiri.

Mengambil berat tentang perkara-perkara yang seolah-olah remeh boleh menjejaskan harga diri dan keyakinan. Penting supaya lebih tumpukan perhatian pada diri sendiri daripada mengikut kehendak orang lain.

Berikut antara 9 perkara yang ramai orang terlalu ambil berat.

Kemajuan mereka dalam kehidupan

Setiap orang punyai jalan hidup yang tersendiri. Ada yang hidup sudah senang dahulu, ada yang hidup susah-susah dahulu. Segalanya takdir. Namun takdir bukanlah penyebab untuk anda tidak boleh berjaya.

Apabila anda dapat tahu bahawa rakan anda seorang yang berjaya, perkara yang perlu anda lakukan hanyalah mengucapkan tahniah atas rezeki yang diperolehnya. Tidak perlu kita persoalkan kenapa dia mendapat rezeki tersebut.

Bila dunia akan kiamat

Semakin lama, banyak cerita-cerita yang kiamat bakal terjadi, malahan kehidupan di negara-negara arab sangat kucar-kacir dengan perang. Kata-kata bahawa dunia ini bakal berakhir, bakal kiamat, perkara tersebut bukanlah suatu yang perlu kita titik beratkan untuk mengkaji adakah perkara tersebut benar atau tidak. Tiada siapa boleh kaji !

Teruskan hidup, lakukan amalan harian, solat, kerja, cari rezeki, tetap bersemangat. Bukan buang masa mentelaah tentang kejadian yang telah berlaku, sedang berlaku, malah bakal berlaku. Apa anda dapat?

UFO/Alien/Hantu/Pontianak

Manusia punyai deria yang banyak. Antaranya ketakutan. Takut apabila percaya akan mitos dan cerita yang mengejutkan seakan membawa kepada logik akal tentang perkara-perkara yang ajaib.

Apabila anda menerima persepsi seperti ini, ia sepatutnya tidak menghalang anda untuk terus melakukan perkara yang lebih penting dalam hidup.

Bila anda akan kahwin, atau bertunang?

Sebenarnya, tiada langsung penghinaan jika anda masih lagi belum berpunya sedangkan rakan sebaya anda telah punyai 2 orang cahaya mata.

Mereka yang telah di kurnia pasangan sah pula seharusnya tidak melemparkan kata-kata yang terkesan di hati orang lain.

Memikirkan perkara yang telah anda lakukan

Apabila anda sibuk memikirkan apa yang telah anda lakukan, percayalah bahawa pasti banyak masa yang telah terbuang untuk memikirkan perkara-perkara tersebut.

Kebanyakan manusia hanya memikirkan perkara-perkara yang membuatkan mereka rasa rendah dalam dunia, kerana mereka yang rasa hebat akan terus maju ke hadapan.

Hidup seharusnya indah, teruskan nikmati hidup ini, nikmati segala pahit manis kehidupan, kerana mencari pengalaman itu lebih bermakna daripada memikirkannya.

Semakin tua.

Semua orang umurnya meningkat. Semua orang akan merasa tua. Semua orang akan merasa kematian. Terlalu memikirkan hal penuaan akan membuatkan anda 60% nampak lebih tua daripada umur anda sekarang. Nikmati zaman muda anda.

Satu ketika, saya pernah melihat seorang mak cik berbangsa cina, menikmati harinya mengayuh basikal untuk membeli barang dapur. Dalam perjalanannya, setiap orang yang dia terserempak akan di sambut dengan senyuman manis sambil tanya khabar.

Begitulah hidup bukan? Adakah dia sibuk memikirkan rambutnya yang putih melepak?

Hubungan anda yang tidak menjadi

Hubungan yang tidak menjadi sangat mengecewakan, tapi jika anda telah berusaha untuk membina hubungan tersebut dengan baik mungkin masih tiada jodoh. Terimalah dengan positif, tanpa perlu berfikir panjang akan harapan yang tidak kesampaian.

Nak beli barang yang trending

Dua perkara perlu di ingaktan, jika barang tersebut sangat popular, baru dan wow ! - sudah tentu ia mahal.

Jika anda beli, untuk kebaikan anda, jadi teruskan. Jika anda dapatkan, hanya semata untuk menunjuk, jangan lupa poket anda yang kosong.

Pendapat orang terhadap anda

Apa yang orang anggap tentang diri anda tidak boleh di guna pakai langsung. Sebenarnya apa yang penting, apa yang anda rasa tentang diri anda.

Dikuasakan oleh Blogger.