Header Ads

7 Cara Untuk Mengurangkan Stress Walau Hidup Sibuk Gila


Stress adalah salah satu punca utama masalah kesihatan yang besar dalam kehidupan kita, ia boleh menyebabkan penyakit jantung, keresahan, kurang tidur, gangguan imunisasi badan, masalah berat badan, rasa tidak puas hati, malah kemurungan yang mendalam.

Tetapi kita sibuk, sibuk mengejar cita-cita, sibuk memikirkan cara supaya orang lain tidak mengata terhadap diri kita. Jadi bagaimana boleh kita mengurangkan stress di samping menyelesaikan masalah yang sedia ada (tanpa mengabaikan orang tersayang dan diri kita sendiri)?

Apabila kehidupan semakin sibuk gila, anda mungkin tidak mempunyai masa untuk chill dan melepak bersama kawan-kawan, percutian hujung minggu, atau mungkin keluar shopping melihat kehidupan luar. Jadi apa yang boleh di lakukan?

Terdapat beberapa perkara yang mudah perlu di lakukan untuk menghadapi situasi seperti ini.

1. Dalam satu masa itu, selesaikan satu masalah dengan penuh teliti.

Daripada anda sibuk memikirkan terlalu banyak masalah yang perlu di selesaikan dalam satu masa, lebih baik anda selesaikan satu per satu masalah yang ada. Setidaknya setiap satu masalah akan selesai daripada terus memikirkan beribu masalah tanpa usaha untuk menyelesaikannya.

Gunakan minda, lepaskan sementara beberapa masalah yang perlu di fikirkan, fikir satu masalah yang boleh anda selesaikan dengan mudah, selesaikan dengan segera. Kemudian, selesaikan pula masalah yang lain.

2. Lepaskan perkara yang tidak boleh di kawal.

Takut yang membuatkan anda stress, bukan perkara luar seperti tugas kerja anda atau isu-isu keluarga. Perkara luar seperti berikut adalah kehidupan, ia cuma menjadi stress bila anda fikirkan tentang kegagalan dalam menghadpinya. Contohnya bila anda takut, bos tidak suka dengan hasil kerja anda, bos tidak suka dengan cara anda bekerja, anda takut di pinggirkan dan sebagainya.

Sebenarnya, semua itu adalah fantasi semata. Hal ini berlaku kerana anda kerap berfantasi, membayangkan bahawa anda mampu melakukan perkara-perkara luar biasa, perkara yang dapat mengagumkan orang atasan terhadap hasil kerja anda, membanggakan anak isteri dengan kebolehan anda dan sebagainya. Ingatlah, bahawa tiada yang sempurna tentang diri kita dan sekeliling. Cubalah untuk belajar lepaskan, lepaskan perkara yang bukan dalam kawalan kita. Belajar untuk terima kekocohan yang bakal berlaku, terima apabila suatu yang kurang senang bakal berlaku.

3. Terima orang lain seadanya dan senyumlah.

Kita begitu kecewa dengan orang lain bila mereka bertindak menjadi seorang yang bukanlah dalam carta yang kita harapkan.

Sebaliknya, cuba terima gaya mereka, sebagaimana mereka sudah biasa untuk hidup. Mereka juga sebenarnya sama sahaja seperti kita semua, mencari ketenangan, mencari kebahagian dalam hidup, malah ada yang cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya. Bukan anda seorang, jadi terima sahaja daripada memikirkan dia sepatutnya jadi begini serta begitu, bukankah lebih buatkan tekanan memikirkan masalah orang lain?

4. Ambil angin.

Bila hidup jadi gila stress, cuba luangkan beberapa minit berjalan di luar rumah dan tenangkan fikiran anda daripada berfikir tentang masalah yang perlu di hadapi.

Sebenarnya, dengan mengambil angin, ianya membantu kita untuk mendapat pandangan yang lebih luas, serta pandangan dari sudut yang lain.

5. Lakukan meditasi, solat buat mereka yang beragama Islam.

Solat sebenarnya banyak membantu kita untuk tenang, namun ia perlu di lakukan dengan baik.

Ketika pengambilan air wudu' pastikan anda tidak terburu-buru dalam menyelesaikan sesi pengambilan wudu tersebut. Sebaliknya cuba buka air pili tersebut secara perlahan, dan nikmati masa yang di ambil untuk proses tersebut.

Begitu juga ketika anda solat, ketika sedang baca bacaan-bacaan dalam solat, pastikan anda menikmati setiap bacaan tersebut. Ketika dalam bacaan juga, janganlah pula fikiran anda masih memikirkan masalah yang anda hadapi, buangkan sebentar fikir tersebut, luangkan sedikit masa untuk menikmati solat anda.

Anda boleh lakukannya jika anda betul mahu lakukannya. Tiada perkara yang mustahil jika hati tiada niat inginkan secara ikhlas.

6. Bersihkan fikiran yang was-was

Anda perlu belajar cara yang baru untuk berfikir jika anda ingin menjadi sesuatu yang baru.

Di sebalik setiap perasaan stress sebenarnya terdapat satu pemikiran yang kolot, yang sebenarnya tidak benar dalam kehidupan. Itulah dia fikiran yang was-was. Fikiran yang di buat sendiri.

Sebelum anda fikirkannya, anda  sebenarnya tidaklah menderita, anda tidaklah murung, anda tidaklah berasa tekanan, tapi apabila masuk pemikiran kolot tersebut, suasana berubah serta merta.

7. Buang sifat buat perbandingan keperluan hidup.

Mungkin pening sikit. Tapi sebagai contoh, bila kawan anda punyai iPhone 6 yang baru, dia buatkan anda juga inginkan sebuah iPhone 6 yang baru.

Inilah sebab kenapa bila kita tidak kecapi apa yang di inginkan pemikiran mula rasa runsing dan buntu terus buatkan anda rasa stress.

Mudah, anda hanya perlu hidup dengan gaya anda yang sendiri, lupakan tentang keinginan yang perlu anda miliki supaya dapat bersaing dengan rakan yang lain. Perkara penting yang perlu anda pegang adalah teruskan berusaha, dan jangan mengalah.

Berikut dua formula buat anda jika anda masih lagi buat perbandingan untuk meiliki keperluan hidup.

- Formula bahagia = Buatlah yang terbaik dan berasa hebat dalam usaha anda.
- Formula kemurungan = Lihat perkembangan orang lain, buat perbandingan dengan diri kita.
Dikuasakan oleh Blogger.