Header Ads

Wanita Tak Senyum 40 Tahun Elak Kedut Pada Muka, Lihat Perbezaannya Pada Umur 20 Tahun

Wanita ini langsung tidak senyum buat selama 40 tahun demi mengelakkan kedutan kulit kelihatan pada wajahnya.

Tess Christian kini berusia 50 tahun, telah mengamalkan teknik ini sejak beliau kanak-kanak lagi. Dia ingin kelihatan sentiasa muda, jadi beliau berpendapat bahawa dengan mengelakkan dirinya senyum mampu menghilangkan garis-garis pada kulit yang akan buatkan dia kelihatan tua.

Jadi, kalau dah tak senyum, muka tu mesti gaya 'poker-face' lah.

Setiap kali berkomunikasi dengan orang lain, dia akan kawal otot dan reaksinya supaya tidak senyum membuatkan orang di sekelilingnya menganggap dia tidak berminat untuk bersembang dan sombong.

Lebih teruk lagi yang dia lakukan bila bayinya baru di lahirkan, dia langsung tidak tersenyum dengan cahaya mata tersebut semata-mata tidak mahu ada kedutan pada wajahnya.

Kesan daripada perbuatan ini, mukanya jelas tiada kedutan dan kelihatan muda. Ia lebih efektif dari penggunaan krim kecantikan dan penggunaan botox.

1) Terkini, berumur 50 tahun 


2) Umur 43 tahun


3) Umur 36 Tahun


4) Umur 19 tahun 


Dikuasakan oleh Blogger.