Header Ads

Wanita Berang Tak Boleh Keluar Duit ATM, Bertindak Buka Dan Leraikan Mesin Guna Tangan

Seorang wanita di china telah buka dan leraikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik atau ATM di sebuah pusat membeli-belah dengan hanya guna tangan kosong! Kejadian kes pecah ATM tak logik ini berlaku pada 16 Oktober lalu.


Mulanya, dia telah cuba beberapa kali untuk keluarkan duit dari mesin ni, tapi tak boleh. Mungkin disebabkan marah dan bengang, dia kopak ATM guna tangan, tanpa sebarang alatan. Dalam masa beberapa minit, mesin tersebut terbuka dan dileraikan!


Pengunjung pusat membeli-belah yang lain rekod video dan rakam gambar situasi ini, dan pihak keselamatan dipanggil. Namun 3 orang “security guard” hanya berdiri dibelakang wanita terbabit. Takut wanita tu serang mereka agaknya haha


Selepas dijahanamkan, wanita yang tengah bengang tu hanya berdiri memerhatikan mesin tersebut. Sehinggalah pihak polis tiba, dia ditahan dan dibawa ke balai polis.


Hasil siasatan, dia dapat buka ATM guna tangan disebabkan mesin tu adalah model lama dan bingkai hadapan diperbuat dari plastik. Maka tak mustahil kejadian ni boleh berlaku.


Dikuasakan oleh Blogger.